Tuesday 21 October 2014

Surat dari aku

Sepatutnya Abah ada di tepi macam dulu-dulu. Usap kepala,pimpin tangan dan senyum sentiasa...
Dan...
Sepatutnya waktu genting begini Abah tetap berdiri disisi bukan terus pergi dan tinggalkan aku sepi..
Duduk bersimpuh perkena kopi dan telinga mendengar satu persatu keluh peluh sambil pelahan-lahan Abah menyapu airmata ku...
Abah seharusnya tunggu atau sekurang-kurangnya biarkan aku pandai berdiri dahulu kerana Abah tak tahu, betapa dunia kini rakus menghukum aku~!

Tuhan...
Aku tulis surat kepada Mu...
Lalu aku kepilkan menjadi origami kecil berbentuk hati dan terus aku layangkan diseret angin sampai ke syurga Mu...
Moga bila Kau buka nanti, Kau akan utuskan Abah untuk ku lagi...
Turunkan Abah terhebat aku dari celah langitmu...

Aku mahu mengadu~

No comments:

Post a Comment

Ini adalah blog peribadi,blog ini ibarat diari aku...
Sape2 ya nk komen silakan... Aku tak kesah~
Salam,jaga diri,hiasi peribadi... >_<


Buang sampah kat sini!!!