Showing posts with label karya. Show all posts
Showing posts with label karya. Show all posts

Sunday, 7 June 2015

Tiada lagi airmata

Aku tak mampu bicara soal hati lagi...
Aku tak mampu bicara soal kehidupan kini...
Aku hampir alpa dengan siapa aku nikahi...
Aku hampir alpa dengan siapa aku perolehi kasih sayang....
Aku seolah-olah tidak mengenali diri ku lagi...
Mana mungkin aku bisa bicara soal cinta,karna cinta aku sudah lama mati...
Aku sendirian dalam menempuh kehidupan yang penuh dengan ranjau berduri...
Bagaimana rasanya bila kita menjadi ayah dan ibu dalam satu masa...
Tak mampu lagi nak merungut...
Tak mampu lagi nak mengadu...
Hendak ku nangis,namun tiada lagi airmata...
Kekuatan aku hampir lenyap dimamah bumi...
Aku tidak lagi kuat berdiri sendiri...
Aku perlukan teman untuk mengisi kekosongan ruang hatiku...
Tolong penuhi hidupku dengan warna warni bak pelangi...
Aku mahu semuanya berakhir dengan manis..
Tolong...
Tolonglah...
Tolonglah aku....
Tolonglah aku lupakan semua kedukaan hati...

Wednesday, 12 November 2014

Berhenti

Semakin aku dekat dengan kamu, semakin aku tidak betah untuk hidup~

Terima kasih kepada kamu,

Jangan risau,aku tahu bagaimana hendak berbohong...

Aku kan kuat!!!

Selamat malam ;)

Thursday, 6 November 2014

Cinta

Cinta???

Ada apa pada CINTA???

Memang manusia hendak dibelai,dimanja, dikasihi,disayangi,dirindui...

TAPI...Hakikatnya...

Cinta itu MENYAKITKAN~!

Dalam sekelip mata saja kita kecewa...

Dan kekecewaan inilah yang mengajar kita erti KEHIDUPAN~

Monday, 27 October 2014

Cahaya Malam

Segala apa yang awak sudah tinggalkan untuk saya... 
Itu sudah lebih dari cukup...
Perasaan awak pada saya, kedudukan awak untuk saya itu lebih dari apa yang saya harapkan... 
Tapi...
Awak bukan lagi bintang saya,awak bukan lagi bulan saya...
Cahaya malam kini malap...


Tuesday, 24 May 2011

Pandang ke langit


pandang tepat ***
jangan toleh lagi ***
mendongak ke langit ***

pandangan hilang apabila~~~

apabila langit pecah terbelah
apabila bintang bintang sudah bertaburan
apabila lautan sudah meluap
apabila kuburan kuburan dibongkar

pandang sana ****
sana ada garis putus 

pandang situ ***
situ ada lingkaran bercahaya

aku bersumpah dengan bintang2
yang beredar dan berkelip- kelip di waktu malam
demi malam apabila telah hampir siang
demi subuh apabila telah terang

dusshhh ***
terduduk~!!!
 



Saturday, 7 May 2011

Airmata


until you're broken,you wont know what you're made off."
"Ya,hidup ini ironis.Dan ya juga,Memang sangat mendukakan untuk menyembunyikan diri dari sesuatu yang kita benar2 mahu"


lelaki yang menjanjikan bintang dan langit paling cantik dalam dunia.
lelaki yang menjanjikan senyuman paling comel dan ketawa paling jujur.
lelaki yang pernah bisik manja di telinga yang akan menunggu aku sampai akhir usia.
lelaki yang tak pernah putus asa dengan hati besi aku dan... 
lelaki yang selalu buat aku ingin terbang jauh dan redah semata mata untuk berjumpa walau dia jauh nun di hujung sana.yang kita mahu kayuh bersama.yang sanggup pejam mata dan telan semua sakit melihat *dia* bersama *si dia*.


lelaki yang selalu berkata :
"Kalau ada jodoh tak ke mana!!!"

tapi...
aku juga kena tahu satu perkara....
manusia dan janji tak pernah sepakat.bila kita dah pegang dan simpan semua janji dan sampai satu saat janji dan orang yang paling number satu dah tak boleh bersama,
apa yang ada?

airmata... 

Tuesday, 28 December 2010

Rindu Saat Itu~

kredit to pokcik google~

Tuhan,
utuskan aku burung syurga,
supaya bila mana sayapnya mengibas,
semua perangkap ketakutan diri ini terlepas.

Supaya bila mana ia mula terbang,
hati gelap diri ini kembali terang.

Supaya bila mana singgahnya ia,
bisa membubuh semangat di jiwa.

Tuhan,kirimkan aku bidadari syurga,
menanti aku ketika lena,
meneman aku di kala duka,
menegur aku tatkala leka.

Supaya di setiap saat robeknya hati aku ini,
bidadarimu ada untuk mengasihi.

Tuhan,
aku menangis.
Aku mengaku aku menangis.
Aku tulis, dan aku menangis.
Aku cakap, dan aku menangis.
Aku fikir, dan aku menangis.

Jika memang ini prosesnya,
ya, duduknya aku masih di titik mula

** Semoga engkau aman di sana~ amin.. 

Buang sampah kat sini!!!