Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

Tuesday, 21 October 2014

Surat dari aku

Sepatutnya Abah ada di tepi macam dulu-dulu. Usap kepala,pimpin tangan dan senyum sentiasa...
Dan...
Sepatutnya waktu genting begini Abah tetap berdiri disisi bukan terus pergi dan tinggalkan aku sepi..
Duduk bersimpuh perkena kopi dan telinga mendengar satu persatu keluh peluh sambil pelahan-lahan Abah menyapu airmata ku...
Abah seharusnya tunggu atau sekurang-kurangnya biarkan aku pandai berdiri dahulu kerana Abah tak tahu, betapa dunia kini rakus menghukum aku~!

Tuhan...
Aku tulis surat kepada Mu...
Lalu aku kepilkan menjadi origami kecil berbentuk hati dan terus aku layangkan diseret angin sampai ke syurga Mu...
Moga bila Kau buka nanti, Kau akan utuskan Abah untuk ku lagi...
Turunkan Abah terhebat aku dari celah langitmu...

Aku mahu mengadu~

Thursday, 13 October 2011

Pasangan



Bila bercakap soal pasangan hidup ramai yang menyuarakan pendapat masing-masing
Semua manusia impikan pasangan hidup yang berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Kebahagian yang bakal dikecapi menguji tahap kasih sayang sesama pasangan tersebut.
Ada yang bahagia, ada pula yang berduka cita.
Melihat pengalaman orang kita sepatutnya belajar dari kesilapan daripada kita menyesal kemudian hari.


p/s :-
*Sayangilah orang yang lebih menyayangi kita dan sangup terima kita seadanya baik buruk~

Friday, 2 September 2011

Di sudut lubuk hati~




Sesekali jadilah insan yang mendengar dari hanya bercerita~
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan orang,
kerana kita sama2 manusia.
kita juga punyai perasaan takot, bimbang, sedih dan kecewa~
Aku juga punyai kelemahan dan perlukan seseorang sahabat yang boleh berikan aku kekuatan~
Kita lihat dia ketawa tapi mungkin sebenarnya dia tak setabah yang kita sangka~
Disebalik senyumannya itu mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan~
Disebalik ketenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan~
ya memang kita tidak tahu, jika kita mendalami isi hatinya yang pasti kita akan merasainya~


Saturday, 2 July 2011

Malam yang panjang



Lama tak terpandang sinaran mentari di mercu langit…
Lama tidak mengapai kerlipan bintang di awan…
bulan dah jadi separa…
entah bila nak tunggu kembali gerhana???
bintang pun dah tak berak lagi….manalah taik bintang nih???
entahlah..jadinya makin susah nak menerankan taiknya dan memancarkan sinar setiap malam untuk kau… entahlah..
entah kenapa jadi begini…
entahlah…
mungkin engkau yang terlalu sibuk berlari mengejar duniawi atau
aku yang pura- pura tak memahami hati.
sampai dah bocor.selimut dan
dah koyak.bantal dan..
dah roboh. katil…

*malam yang panjang..aku terlena begitu lama~

Friday, 3 June 2011

hatiku



kadangkadang sayang,
kadangkadang cinta,
kadangkadang rindu,
kadangkadang marah,
kadangkadang benci,
kadangkadang mesra,
kadangkadang merajuk,
kadangkadang rimas,
kadangkadang bosan,
kadngkadang mahu,
kadangkadang tolak.
kadangkadang datang,
kadangkadang pergi.

banyak sialan nya.banyak bajingan nya.banyak halangan nya.

hati aku pada kau tiada satu pun di atas.aku tak pernah puas. 


Karya milik,
Gayahspears

Thursday, 19 May 2011

satu hati tapi... banyak arah???

hati..


hati tak akan membunga...
kalau...


kalau tak ada yang sudi tabur baja.
hati aku dah lama layu....
kalau...


kalau kau datang untuk letak baja yang sama..
**aku fikir itu buang masa.
hati aku layu bukan tiada yang membaja...


tapi ...
tapi belum pun sempat aku membunga...


kau sudah lari...


kau tinggalkan aku dengan sebotol racun perosak yang di dalam nya hanya tinggal sisa.


fuh********

Wednesday, 18 May 2011

Tenang



Tenang.

kau perlu tenang...
agar jiwa kacau kau dapat aku bersihkan dengan sebaris senyuman.
kau perlu tenang...
agar hati kau dapat aku cantumkan keretakkannya.
kau perlu tenang...
agar aku dapat menrasai jiwa dan menakluki kegelisahan itu...




Ayuh~!!!
Bangkitkan aku semula ke tempat asalnya agar aku tenang kembali...

Friday, 13 May 2011

Biol

***biol


psstt...plz bagi ruang untuk aku bernafas seketika (^_~)
aku perlu waktu untuk menghirup udara segar...
fuh...(hembus nafas pelahan2)

Friday, 6 May 2011

Sakit Mendisplinkan Diri...


Memang hakikatnya.aku tak boleh jatuh hati dengan sesiapa.

Bcoz...
if i did,aku ibarat gali lubang kubur sendiri.atau lebih ngeri aku seperti gantung diri.

kau kena pilih antara kawan, cinta atau hati.

hati tetap mati.

Kesian aku.

Kira ini reminder to myself jugak la.
Ok Gayah!!! pls take note!!!

Stop plz!!!


arghhh.. tlg la berhenti cakap pasal keburukan orang lain...
aku muak mendengar...
aku sudah bosan mendengar kritikan yang tak ke mane!!!
kita ade kehidupan masing2...
setiap orang tak sempurna!!!
masing2 pernah buat salah...
kesalahan tu menjadikan diri kita semakin matang...
aku takmo ingat benda yang lepas yang akan menyakitkan hati dan perasaan kita sendiri...


aku berpegang pada satu prinsip "Lets bygones be bygones"

Wednesday, 27 April 2011

Kadang2...




Kadang2 kita terlupa...
Kita pernah bahagia bersama...
Kadang2 kita terleka yang dia selalu buat kita tertawa...
Kadang2 kita tersenyum sebab dia pernah buat kita gembira...
Adakalanya kita menangis sebab terlatahnya membuat kita merindunya...
Orang itu adalah orang yang pernah kongsi SUKA & DUKA bersama...

Friday, 1 April 2011

Fokus


Buang cinta
Buang blog
Buang facebook


**Fokus ke arah satu matlamat yang lebih penting...

Wednesday, 2 February 2011

Ntah~





Ntah~
tgk sepupu aku sms dgn pakwe dia... rase jeles..
tgk hp sepupu aku tak henti2 berdering...rase jeles...
sedangkan hp aku??? senyap... rase nak buang je hp ni boleh tak???

Thursday, 20 January 2011

Satu hari lagi

Satu hari lagi...
Esok Jumaat bersamaan 21 Januari 2010 hari terakhir aku bekerja. Sayang nak tinggalkan kerjaya yang aku sekarang ini...
Bila bermula kuliah nanti, mulalah watak baru dalam hidup ku...
**senyum tawar
buang blog
buang facebook
buang ym
buang futsal
jangan risau aku hanya *buang untuk sementara...
aku ada matlamat dan hala tuju yang lebih penting...
Selamat tinggal semua...

Sunday, 16 January 2011

Penat



kekuatan yang aku ada,hilang.
jasad aku kebal.kulit aku tebal.gelak tawa aku masih jelas dengar.

sebab itu aku penat.
aku penat bertahan.

Sunday, 9 January 2011

Bila Hati dilukai~




  ~> “Hati orang, perlukah kita jaga???” “Hati orang, penting sangatkah ia?”

  • Aku bangkitkan persoalan ini bukan apa. Sebenarnya aku rasa, hati aku dah terluka dengan kata2 seseorang hari ini. Biarlah aku rahsiakan sape orang itu. Yang pasti, kata2 dia betoi2 buatkan hati aku 'panas' dan ‘berasap’.
  • Mungkin bagi dia, semua kate2 dia tu adalah gurauan semata. Namun, bagi diri aku yang terkena kate2 tu, begitu pahit sekali, bak menelan hempedu.
  • Kata2 yang dilontarkan, betul2 mengguris hati aku. Aku merasakan maruah aku dicalar. Air muka ku jatuh. Aku dimalukan. Seolah-olah aku telah ‘dibogelkan’ di depan orang. Malu beb. Aku juga manusia biasa. Punya kelemahan dan kesilapan. Tapi janganlah disebabkan kelemahan dan kekurangan aku itu, boleh dipermainkan atau dibuat gurauan.
  • Orang kata, “Alah…tak usahlah sensitif sangat. Dia bergurau jer.”
  • Yer lah bergurau. Tapi jangan melampau. Kamu tak kena tak apa. Tapi kalau kena batang hidung sendiri, baru kamu tahu.
  • Aku ni bukanlah nak memperbesarkan isu ni sangat. Aku cerita ni hanya nak sampaikan satu mesej je..

  • Berhati-hatilah dengan setiap kate2 yang ingin kita keluarkan. Jagalah perangai dan tingkah laku kita. Jaga akhlak sebaik mungkin. Kita bimbang, dengan ada kata2@ perangai kita menyebabkan orang lain sakit hati dengan kita. Lebih2 lagi, dia terasa atau sakit hati dengan kita tanpa kita sedar pun.
  • Dalam hal menjaga hati orang ni, tiada contoh lain yang paling baik yang boleh kita ikut melainkan CONTOH yang ditunjukkan oleh NABI SAW.
  • Nabi SAW, sepanjang hidup baginda tak pernah menyakiti hati sesiapa pun.
  • Belajarlah sirah Nabi SAW. Baca dan cuba selami sejarah hidup Baginda SAW. Belajar bagaimana akhlak Nabi SAW dalam hubungan dengan sesama manusia (Hablumminannas). Belajar, fahami dan cuba amalkan semua akhlak yang telah ditunjukkan oleh Nabi SAW sebaik mungkin.
  • Aku tulis ni bukan nak untuk korang tapi lebih kepada untuk ingatkan diri aku sendiri.
  • Bab akhlak dan jaga hati orang ni, sebenarnya kalo nak ckap memang senang. Tapi nak buat/amal, punyelah payah. Itu semua orang tahu.
  • Ape2, yg penting, setiap kita kena jaga tutur kata. Kena jaga tingkah laku. Kena jaga hati orang, jgn sampai orang terluka dan sakit hati dengan kita. Samada secara sengaja atau tidak sengaja. WAJIB MINTA MAAF atas keterlanjuran kata atau sikap kita itu.
Mood :- nak g plaster hati aku jap~hak3

 Salam,jaga diri hiasi peribadi~

Tuesday, 4 January 2011

Bebal~ Ayah maafkan saya!!!


Dua tahun lepas,saat aku kehilangan ayah yg aku sayang,aku pikir aku maseh kuat utk teruskan kehidupan aku seperti biasa.aku pikir kematian itu satu keredhaan yg aku perlu terima.aku tetap pergi dan pulang kerja seperti biasa.tiada apa yg berubah,cuma suara riuh ayah itu yg hilang.xkan ada lagi tp aku tetap kuat utk terima yg ayah suda tiada. takan ade lagi bebelan dari ayahku, tiada lagi gelak tawa di ruang tamu! tiada lagi sembang kosong di meja makan, tiada lagi adegan pekikan gollll apabila melihat bola sepak... aku rindu suaranya... Yaallah...berikanlah daku kekuatan menempuhi liku2 kehidupan di dunia ni tanpa seorang ayah..
hurm```~~~ termenung sejenak~~~
terpandang gambar arwah ayah di bilik belajar, teringat aku bila sebulan menjaganya di wad ICU...
melihatnya terkaku terlantar tanpa bicara membuat aku terasa sayu...
aku tak boleh melihatnya lame2... terseksa!!! terdetik di dalam hati (aku rela menggantikan tempatnya terbujur di katil hospital)
setiap kali membaca Yassin...maka,mengalirlah titisan2 hujan di kelopak mata lantas membanjiri pipi ku~

**setakat nie aku masih belum mampu menjadi seorang anak yang solehah!!!
Ayah maafkan saya !~!~!



*bebal.

itu yg aku rasa.

~> Kisah aku rindukan arwah ayah, aku sampahkan d cni gar korang mengerti setiap yang hidup pasti akan mati

Tuesday, 28 December 2010

Rindu Saat Itu~

kredit to pokcik google~

Tuhan,
utuskan aku burung syurga,
supaya bila mana sayapnya mengibas,
semua perangkap ketakutan diri ini terlepas.

Supaya bila mana ia mula terbang,
hati gelap diri ini kembali terang.

Supaya bila mana singgahnya ia,
bisa membubuh semangat di jiwa.

Tuhan,kirimkan aku bidadari syurga,
menanti aku ketika lena,
meneman aku di kala duka,
menegur aku tatkala leka.

Supaya di setiap saat robeknya hati aku ini,
bidadarimu ada untuk mengasihi.

Tuhan,
aku menangis.
Aku mengaku aku menangis.
Aku tulis, dan aku menangis.
Aku cakap, dan aku menangis.
Aku fikir, dan aku menangis.

Jika memang ini prosesnya,
ya, duduknya aku masih di titik mula

** Semoga engkau aman di sana~ amin.. 

Tuesday, 21 December 2010

hahaha

kredit to Dark Half sebab design Header lame aku~

hahaha.pengaduhan yang kelakar... sape2 berminat sila terjah n3 nie
ni lah dinamakan pengaduhan kibod~hak3
bukan marah.aku pelik tetiba kau care sgt dgn topik ni.sapa saja yg mrKhai maksudkan,aku doakan korang tak gaduh2 lagi.lgpun dia tak maki2 ke apa.dia menyatakan rasa hati dia.ntah2 org yg dimaksudkan tu pun dah buat entry kaw2 tentang dia.fair n square la kan?

jaga diri hiasi peribadi~pandai kau pilih tag ni
maaf ya 0-0 camat berblog

Seyes,aku tak ade sifat sabar~hahaha

Monday, 20 December 2010

Tak ade hal la~


~> gambo tak ade kena mgena langsung..hak3


bila gua tgk member2 facebook gua yg on9 tp xtegur.
gua betol betol rasa jauh.gua betoi2 rasa woooooo kau sgt style sampai gua nk say hi pon konfom xreply.

*ok.gua cool.
sebab gua taw manusia ni macam2.
gua tau kat diri gua xda ape yg boleh lu org rasa nk melekat terus kt gua.

da fact is..gua kalau kat lua gua mmg best.HAHA
*poyo

tapi its okay la yer membe2 xtegur pon gua xdehal sgt.

Jom layan lagu nie..


Buang sampah kat sini!!!