Tuesday, 28 December 2010

Rindu Saat Itu~

kredit to pokcik google~

Tuhan,
utuskan aku burung syurga,
supaya bila mana sayapnya mengibas,
semua perangkap ketakutan diri ini terlepas.

Supaya bila mana ia mula terbang,
hati gelap diri ini kembali terang.

Supaya bila mana singgahnya ia,
bisa membubuh semangat di jiwa.

Tuhan,kirimkan aku bidadari syurga,
menanti aku ketika lena,
meneman aku di kala duka,
menegur aku tatkala leka.

Supaya di setiap saat robeknya hati aku ini,
bidadarimu ada untuk mengasihi.

Tuhan,
aku menangis.
Aku mengaku aku menangis.
Aku tulis, dan aku menangis.
Aku cakap, dan aku menangis.
Aku fikir, dan aku menangis.

Jika memang ini prosesnya,
ya, duduknya aku masih di titik mula

** Semoga engkau aman di sana~ amin.. 

7 comments:

Encik MamaT said...

aku hadir di sini untuk menyeka tangismu... :)

S..U..D..@..I..S said...

ceria2 kan hati menyambut tahun baru ....
steady gayah

eiela said...

menangislah sebab menangis itu boleh melegakan hati.

Sephi Sephia said...

Cik Gayah, menangislah sepuas hati asal kembali tenang. Senyum tetap perlu di luar. Semoga tabah okey?

=)

Zaer!! said...

Mak ai..............berpuitis ni! hahaha.;p.nice derr!

biskut said...

ko sendiri adalah bidadari alya...bidadari pada hati2 marhaein.

~~su manje~~~ said...

jiwa seni gak sis Gayah nie ek....

Post a Comment

Ini adalah blog peribadi,blog ini ibarat diari aku...
Sape2 ya nk komen silakan... Aku tak kesah~
Salam,jaga diri,hiasi peribadi... >_<


Buang sampah kat sini!!!