Sunday, 9 January 2011

Bila Hati dilukai~




  ~> “Hati orang, perlukah kita jaga???” “Hati orang, penting sangatkah ia?”

  • Aku bangkitkan persoalan ini bukan apa. Sebenarnya aku rasa, hati aku dah terluka dengan kata2 seseorang hari ini. Biarlah aku rahsiakan sape orang itu. Yang pasti, kata2 dia betoi2 buatkan hati aku 'panas' dan ‘berasap’.
  • Mungkin bagi dia, semua kate2 dia tu adalah gurauan semata. Namun, bagi diri aku yang terkena kate2 tu, begitu pahit sekali, bak menelan hempedu.
  • Kata2 yang dilontarkan, betul2 mengguris hati aku. Aku merasakan maruah aku dicalar. Air muka ku jatuh. Aku dimalukan. Seolah-olah aku telah ‘dibogelkan’ di depan orang. Malu beb. Aku juga manusia biasa. Punya kelemahan dan kesilapan. Tapi janganlah disebabkan kelemahan dan kekurangan aku itu, boleh dipermainkan atau dibuat gurauan.
  • Orang kata, “Alah…tak usahlah sensitif sangat. Dia bergurau jer.”
  • Yer lah bergurau. Tapi jangan melampau. Kamu tak kena tak apa. Tapi kalau kena batang hidung sendiri, baru kamu tahu.
  • Aku ni bukanlah nak memperbesarkan isu ni sangat. Aku cerita ni hanya nak sampaikan satu mesej je..

  • Berhati-hatilah dengan setiap kate2 yang ingin kita keluarkan. Jagalah perangai dan tingkah laku kita. Jaga akhlak sebaik mungkin. Kita bimbang, dengan ada kata2@ perangai kita menyebabkan orang lain sakit hati dengan kita. Lebih2 lagi, dia terasa atau sakit hati dengan kita tanpa kita sedar pun.
  • Dalam hal menjaga hati orang ni, tiada contoh lain yang paling baik yang boleh kita ikut melainkan CONTOH yang ditunjukkan oleh NABI SAW.
  • Nabi SAW, sepanjang hidup baginda tak pernah menyakiti hati sesiapa pun.
  • Belajarlah sirah Nabi SAW. Baca dan cuba selami sejarah hidup Baginda SAW. Belajar bagaimana akhlak Nabi SAW dalam hubungan dengan sesama manusia (Hablumminannas). Belajar, fahami dan cuba amalkan semua akhlak yang telah ditunjukkan oleh Nabi SAW sebaik mungkin.
  • Aku tulis ni bukan nak untuk korang tapi lebih kepada untuk ingatkan diri aku sendiri.
  • Bab akhlak dan jaga hati orang ni, sebenarnya kalo nak ckap memang senang. Tapi nak buat/amal, punyelah payah. Itu semua orang tahu.
  • Ape2, yg penting, setiap kita kena jaga tutur kata. Kena jaga tingkah laku. Kena jaga hati orang, jgn sampai orang terluka dan sakit hati dengan kita. Samada secara sengaja atau tidak sengaja. WAJIB MINTA MAAF atas keterlanjuran kata atau sikap kita itu.
Mood :- nak g plaster hati aku jap~hak3

 Salam,jaga diri hiasi peribadi~

7 comments:

biskut said...

gurauan yang terlebih dari niat...terlontar kata2 yang membuat orang hilang kata2.

kita terima kata2 tapi bila hati pedih, kata2 hilang makna...

mie said...

bergurau ada batasnya..
kadang2 hati sensitif ssh nak trima..

Encik MamaT said...

mulut kadang lancang berbicara hingga ada yang terluka ... :)

BRO_MONDAY said...

gayah : sabar ok, gurau je tu...kadam2 gurauan ni ada banyak jenis...yam x perlu di ambil pot tu, wat x pot je...siyesli, senyuman adalah yam terbaik...('',)

p/s : Sila lah BW ye...tengkiu...
1. New Entry "**MR mama @ hoMe**"

CGG said...

jaga hati sendiri..
kelak tak akan terluka:)

BUNGA said...

bergurau pun ada batasnya.. kdg2 org x sdr gurauan dia mnykitknn hati org lain.. sabarla yer.. mungkin ada hikmah Allah nk beri tu.

RedVixen said...

aku cukup menyampah dengan situasi camni...
bila dia sakitkan hati orang takpe.
time orang tersilap sikit, muncung dia mak aih...
kalah angelina jolie...

Post a Comment

Ini adalah blog peribadi,blog ini ibarat diari aku...
Sape2 ya nk komen silakan... Aku tak kesah~
Salam,jaga diri,hiasi peribadi... >_<


Buang sampah kat sini!!!